Pusat Bimbingan al-Quran Itqan dengan kerjasama Akademi Bahasa Arab Hud-hud membuka peluang kepada semua orang yang berminat untuk mempelajari Bahasa Arab Asas. Modul yang akan dipelajari amat sesuai untuk semua peringkat umur khususnya orang dewasa kerana cara yang mudah dan cepat yang mengambil masa selama 60 jam untuk memahami 60% Al-Quran. Ia sangat sesuai bagi mereka yang tidak mempunyai asas bahasa arab.

TENTANG AKADEMI BAHASA ARAB HUD-HUD

Akademi Bahasa Arab Hud-hud merupakan sebuah institusi yang berhasrat melahirkan generasi faham Al-Quran. Untuk itu, Akademi Bahasa Arab Hud-hud melaksanakan dan menjalankan program-program pembelajran intensif dalam memahami Bahasa Al-Quran. Beberapa kaedah mudah mempelajari Bahasa Arab yang diadaptasi sebagai modul pembelajaran.

KEISTIMEWAAN KELAS INI

Dapat menguasai 50% daripada perkataan Al – Quran secara mudah dan cepat. Seterusnya boleh memahami Bahasa Arab secara mudah dengan perkataan yang telah dihafal dalam bacaan-bacaan solat wirid dan doa harian. Ia sangat sesuai dengan semua peringkat umur dan diperkukuhkan dengan diagram dan formula yang memudahkan pemahaman dengan menggunakan kaedah PUSAR.

Demikianlah Kami wahyukan kepadamu Al-Quran dalam Bahasa Arab.
Surah As-Syura 25:7
Sesungguhnya Kami menurunkannya Al-Quran dengan bahasa Arab agar kamu memahaminya.
Surah Yusuf 21:2

PROFIL PENGAJAR

USTAZ HASEM BIN ALMUDDIN

Lahir di Bajau. Menetap di Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan . Menamatkan persekolahan di SMKA Tun Said Kota Belud Sabah pada tahun 2005. Selepas itu, menyambungkan pelajaran dalam Kursus Khas Insentif Bahasa Arab selama setahun di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri, Kota Bharu. Menyambungkan pelajaran Asasi Pendidikan Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri pada Mei 2009. Setelah itu, menyambungkan pelajaran dalam bidang Sarjana Muda Pendidikan Islam (Pengajian al-Quran) minor bahasa Arab dan tamat pada September 2013. Menuntut ilmu Bahasa Arab di dalam Kursus Khas Intensif Bahasa Arab, Sabah dan Sarawak selama dua semester. Kemudian, mengambil Kursus intensif Bahasa Arab lin natiqiin bighairiha, Qatar University, Doha Qatar kerjasama Universiti Malaya dan Qatar Universiti.

YURAN KELAS

RM150SEBULAN
  • Yuran Pendaftaran: RM100
    Sekali pembayaran sahaja
  • Buku pengajian: RM107
  • SERTAI SEKARANG!

JADUAL

Hari: Rabu

Masa: 8PM – 10PM

Tempat: Itqan Professional Training Centre

SEBARANG PERTANYAAN?

Hubungi 011-32130910 – Ustaz Amin

ATAU LAYARI LAMAN FACEBOOK KAMI

BACK