PROGRAM CELIK AL-QURAN

Pusat Bimbingan al-Quran Itqan membuka peluang kepada semua orang yang berminat untuk mempelajari al-Quran dan Tajwid. Kelas Mengaji al-Quran Harian Itqan ini sesuai bagi peringkat umur yang mempunyai keinginan untuk belajar Al-Quran bermula dengan tahap asas seperti mengenal huruf dan makhrajnya untuk melancarkan bacaan al-Quran bermula serta mentadabbur al-Quran.

ITQAN Professional Training Centre secara konsisten menyediakan program-program ke arah melahirkan ummah yang boleh membaca al-Quran dan memahami isi kandungan al-Quran. Bagi mencapai maksud itu, kami menawarkan kepada semua orang yang berminat dan pendaftaran dibuka kepada semua peringkat umur, termasuk kategori kanak-kanak yang berumur 5 tahun hingga kategori dewasa.

KEISTIMEWAAN KELAS INI

Dapat mengenal huruf hija’iyyah beserta dengan makhrajnya dan bermula dengan bacaan Iqra’. Seterusnya melalui kelas ini dapat membaca al-Quran bagi yang belum boleh membacanya berserta dengan tajwid yang betul. Kelas ini juga istimewa kerana adanya sesi tadabbur al-Quran bagi yang betul-betul sudah menguasai al-Quran dan tajwidnya.

Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya.
Riwayat al-Bukhari , (5027)
Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat sebagai syafaat kepada para pembacanya
Riwayat Muslim, (804)

YURAN KELAS

RM160SEBULAN
  • Yuran Pendaftaran: RM50
    Sekali pembayaran sahaja

JADUAL

Hari: Isnin — Jumaat

Masa: 10AM — 7PM

Tempat: Itqan Professional Training Centre

PAKEJ

1 JAM (4 KALI KELAS)

30 MINIT(8 KALI KELAS)

TENAGA PROFESSIONAL

PROFIL PENGAJAR

AMIN BIN AHMAD

  • Dilahirkan pada 7 Februari 1988.
  • Berasal daripada Kelantan Darul Naim.
  • PENDIDIKAN
    • SMU (A) Hamidiah Lil Banin wal Banat di bawah Yayasan Islam Kelantan.
    • Universiti Malaya dibawah fakulti Pengajian Islam peringkat Asasi Usuluddin,
    • Universiti Malaya Sarjana Muda Usuluddin (minor Akidah dan Pemikiran Islam)
    • Sarjana Usuluddin (minor Akidah & Perbandingan Agama)

PROFIL PENGAJAR

AMIR MUZAKKIR BIN AMIR HAMZAH

  • Lahir pada 18 Ogos 1987. 
  • Berasal dari Shah Alam, Selangor.  
  • PENDIDIKAN
    • Mendapat Pendidikan Pengajian Pondok dan seorang hafaz al-Quran.
    • Madrasah Tahfiz Nurul Aziz & Mahaad Tahzib Wa Ta’alim.
    • Tahfiz di Kelantan selama 5 tahun.
    • Mahaad pada tahun 2011 hingga 2014.

PROFIL PENGAJAR

NORAFIDAH ISMAIL

  • Dilahirkan pada 9 Oktober 1989
  • Berasal dari Tapah, Perak.
  • PENDIDIKAN
    • Mendapat pendidikan menengah di SMK Chenderiang, Tapah
    • Universiti Utara Malaysia (UUM) – Ijazah Sarjana Muda Kewangan
  • PENGALAMAN
    • Telah menjadi pengajar untuk ITQAN Professional selama 2 tahun

PROFIL PENGAJAR

NUR HAFIFAH BINTI HASSAN ADLI

  • Dilahirkan pada 17 Oktober 1992.
  • Berasal dari Kuala Lumpur.
  • PENDIDIKAN
    • SABK Al-Ulum Al-Syariyyah batu 20 Bagan Datuk Perak
    • Universiti Sains Islam Malaysia  – Tamhidi Perakaunan dan Muamalat.
    • Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat dibawah Fakulti Ekonomi dan Mualamat.
  • PENGALAMAN
    • Telah menjadi tenaga pengajar (separuh masa) di Itqan Education selama 2 tahun. Kebanyakkan anak murid adalah terdiri daripada lingkungan umur 30-50 tahun.

SEBARANG PERTANYAAN?

Hubungi 011-32130910 – Ustaz Amin

ATAU LAYARI LAMAN FACEBOOK KAMI

BACK