Apa peluang biz training center selepas COVID, untuk kekal relevan?

Training center biasanya mempunyai ruang untuk disewa untuk kegunaan belajar. Pelanggan training center boleh jadi terdiri daripada golongan muda, dewasa malah warga pencen yang mahu menambah kemahiran mereka dengan menyertai kelas-kelas pengajian. Ruang ini juga kadangkala disewa untuk mengadakan sebarang majlis atau pun event. Event rasmi atau santai, keputusan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan ini telah menyebabkan banyak event terpaksa ditangguhkan atau dibatalkan, lalu menyebabkan training center susah nak cari makan.

Walau bagaimanapun, kita tidak boleh lagi untuk menilai reaksi Covid-19 ini pada masa akan datang kerana kita tidak tahu bila ia akan berakhir, tetapi kita boleh mengambil langkah dan bersedia untuk menghadapi era baru iaitu era “Post-Corona’.

Di bawah ini kami kongsikan tiga jenis event yang boleh dilakukan oleh biz training centre/event space semasa era “Post-Corona”:

 

  1. Virtual Event

Apa peluang biz macam training center selepas COVID, untuk kekal relevan  

Virtual event adalah perhimpunan interaktif yang berlaku di internet. Tidak seperti Physical event, virtual event tidak terhad kepada satu lokasi sahaja. Peserta dari pelbagai kawasan boleh menyertainya dan mengambil bahagian di mana saja di dunia ini selagi mempunyai akses ke internet. Virtual event juga dapat memberi kesan yang positif dari segi jumlah peserta. Sebagai contoh, terdapat latihan di Jepun yang dianjurkan untuk membincangkan topik ketagihan dadah. Mereka menjangkakan hanya 50 peserta semasa physical event tetapi terpaksa beralih kepada virtual event dan ternyata virtual event ditonton oleh kira-kira 300,000 penonton – peningkatan 6,000 kali ganda.

Jangan risau, semasa PKP ini semua orang telah ‘membiasakan’ diri dengan kaedah virtual event, jadi tak susah untuk memasarkan produk begini.

  1. Physical Event

physical event

Berbeza dengan virtual event, physical event adalah perjumpaan di alam nyata. Terdapat juga ramai peserta yang lebih sukakan perjumpaan secara nyata kerana manusia adalah makhluk deria dimana kita lebih suka melihat dan mendengar secara nyata. Selain itu, physical event dapat berfungsi dengan baik lagi, contohnya seperti pelancaran produk, terutamanya produk yang memerlukan ujian atau pemasangan. Physical event juga dapat meningkatkan data dari sasaran setempat dimana peserta boleh berkenalan dengan orang baru yang berkemungkinan boleh membantu dalam mengembangkan perniagaan. 

Sedia untuk mengurangkan penawaran kerana pelanggan mungkin masih lagi fobia.

  1. Hybrid Events

hybrid event

Hybrid Events adalah perjumpaan yang dilakukan secara serentak dimana ia menawarkan pengalaman fizikal dan dalam talian. Dalam Hybrid Event, kita boleh menghadiri ceramah, persidangan, bengkel atau sebarang aktiviti korporat secara bersemuka, tetapi juga dalam talian. Event ini dapat dicapai dengan memancarkan event tersebut secara online melalui penghantaran langsung (Live). Kelebihan utama hybrid events ialah menyatukan manfaat virtual event dan physical event.

Event begini pasti menjadi pilihan, kerana mengambil kira pilihan semua pihak. Hanya perlu pastikan capaian internet terbaik supaya tidak terganggu.

Kesimpulannya, walau pun COVID-19 merupakan pandemik terburuk setakat ini dan memberikan kesan buruk ke atas ekonomi dunia, ia turut menjadikan manusia lebih kreatif dan berani untuk mencipta dan memasarkan produk dan perkhidmatan mereka dengan cara baru. Sekarang terpulang kepada kita untuk merebut peluang ini atau pun tidak!

You may also like...

Popular Posts

Leave a Reply