Kerana COVID-19, Saya Berjaya Tulis Buku!

Musim COVID-19 yang menyedihkan. Bukan saja sebab virus bahaya ni sangat senang menyerang, tapi kerana virus sekecil beberapa micron ini jugalah, rakyat Malaysia dikehendaki menjalani perintah perjalanan terhad, bermula 18 Mac sehingga 31 Mac.

Banyak syarikat mula membenarkan pekerja mereka bekerja dari rumah, walaupun praktis ini belum in-trend untuk rakyat Malaysia. Sekolah dan pusat pengajian tinggi ditutup, sebarang perhimpunan adalah dilarang, majlis kahwin terpaksa dibatalkan – semuanya demi memutuskan peningkatan mendadak penyebaran virus ini.

Peristiwa ini sesuatu yang tak pernah dialami kebanyakkan rakyat Malaysia, sehingga pada awalnya menimbulkan pelbagai salah faham dan kekecohan. Media sosial hangat dengan posting-posting dan komen-komen mengecam tindakan mereka yang ‘buat selamba’ keluar rumah atau balik kampung mahupun pergi bercuti! Hinggalah PM perlu merayu rakyat Malaysia supaya “stay at home and take care of your family”.

14 hari.

Hanya 14 hari kita semua perlu akur dengan perintah perjalanan terhad ini demi kebaikkan bersama. Anda dah ada plan nak buat apa sepanjang 14 hari ni? Bagi yang bekerja, biasa bertemu dan bersembang dengan rakan-rakan pejabat, tentu ‘mati kutu’ bila kena menghadap PC seorang diri di rumah. Lainlah buka laptop di café. Ini, café pun tak boleh dine-in! Apa nak buat???

Mari sertai kelas menulis e-book dengan kami. Kelas ni virtual dalam WhatsApp, jadi anda selamat dari COVID- 19 dan masih mematuhi perintah kerajaan. Anda akan dapat pengalaman baru belajar secara dalam talian, bersama rakan baru yang tak perlu bersua muka!

COVID-19, tentu peristiwa ini banyak meninggalkan kesan dalam sejarah hidup kita. TULIS. Kongsikan dalam bentuk buku digital. Kelas ini kelas tulis dan terbit. Jadi anda sangat berpeluang untuk segera merebut kehangatan peristiwa ini dengan berkongsi tips atau panduan mahupun pun coretan peribadi anda. Yang paling best, buku terus terbit dan anda terus boleh dapat bayaran bila ada pembeli!

Akhir kata, kita tak pasti adakah perintah ini akan berhenti dengan keputusan yang baik pada akhir bulan ini. Mungkin perintah berkurung terus bersambung, seterusnya memberi kesan kepada ekonomi, pekerjaan dan pendapatan kita. Jadi, rebut peluang ini. Isi masa 14 hari ini dengan sekurang-kurangnya menulis sebuah ebook! Mudah-mudahan, ada rezeki pendapatan dalam matawang USD!

Hari ini RM150 bersamaan dengan USD34. Letaklah harga sebuah buku USD3, anda hanya perlu jual pada 11 orang, terus balik modal! Tapi…tapi…tapi…anda kena join kelas ni untuk dapatkan teknik cepat balik modal macam atas tu. Kalau tulis sini nanti, semua takut nak join! Klik je link, belajar dulu dan cuba hasilkan sebuah buku. Tentu semua orang ada cerita tersendiri.

Selamat menulis buku dan dapat pasif income dalam USD!

KELAS STANDARD (ONLINE) http://ebook.itqanprofessional.com/ atau Whatsapp person in charge untuk maklumat lanjut.

 

You may also like...

Popular Posts

Leave a Reply