Kes 1 : Menangani Masalah Remaja & Cara Membeli Jiwa Anak-Anak

Terima kasih Puan kerana ikhlas berkongsi & percaya kepada rakan sahabat dalam group ini. Baca semua ya πŸ‘‡πŸ‘‡:

1- Cabaran saya lagi besar. Ada 4 orang anak lelaki. Kalau mereka setting games, makan minum mandi dan lain lain semua lupa. Caranya saya buat…no. 2 dan seterusnya πŸ‘‡πŸ‘‡

2- Awal-awal saya dah cegah anak jangan KETAGIH main games ni. Ianya nature “KETAGIH” seperti judi (walaupun asyik kalah), dadah, merokok, window shopping (sesetengah orang perempuan), buka radio mesti dengar lagu sahaja, lepak kedai mamak (kat rumah pun boleh buat teh kaw kaw).

3- Oleh itu hanya 3 cara (yang saya nampak) boleh dilakukan:

A – Anak mesti rapat dengan kita. Ikat hati mereka kasih ibubapa. Elakkan langsung “masing-masing buat hal sendiri ketika berada dlm rumah”. Ini bahaya. Amalkan makan bersama-sama, masak bersama-sama, tonton TV sama-sama dan sebagainya. Biar banyak masa anak terisi bersama-sama kita! Dulu, saya terpaksa “tunjukkan minat akademi Fantasia (AF)” walaupun itu tak bagus untuk pembinaan jiwa, minda dan sahsiah. Beli TV pun second hand. Untuk elakkan mereka bertandang rumah kawan-kawan. Kami anak beranak sama-sama “bergaduh depan TV” teka markah peserta atau teka siapa akan disingkirkan dan lain lain. Siapa kalah kena belanja atau memasak di dapur. Ini membina KASIH SAYANG dalam keluarga dengan anak-anak. Jiwa mereka ada isi. Masa tu top games PS 1,2,3,4. Saya alihkan perhatian daripada games. Bila masuk menengah, TV saya buang. Ada anak masuk SBP Tahfiz. Susah nak tasmik, hafazan tapi mereka ok sahaja.

B – Perlu wujudkan perasaan hormat kepada ibubapa. Kita tak perlu jadi pensyarah, mufti, YB, VIP, Ustaz Ustazah, jurutera agar anak-anak hormat kita. Tapi kita perlu jadi ikon yang hebat ‘di hati anak untuk salute’ kepada kita. Contohnya : anak-anak saya dibawa ke siber cafe 1 kali sebulan. Main games daripada pukul 10 malam sehingga 4 pagi. Saya dan isteri ikut sekali. Saya buat kerja minit mesyuarat, proposal, Kertas kerja, editor dan sebagainya. Isteri tengok YouTube. Anak-anak biar mereka main games sampai patah jari. Biarkan lah πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜πŸ€ͺπŸ₯€, biar terkeluar biji mata. Tetapi sebelum keluar rumah, kami berjemaah di rumah sahaja (tak ke masjid), makan malam bersama-sama dulu. Bahkan saya yang masak makan malam. Maka, walaupun saya rampas laptop jika mereka main games malam-malam, tapi anak-anak tak memberontak, tak engkar sbb saya dah “beli jiwa” mereka, sebab saya dah TAAT IKUT cakap mereka nak main games 6 jam non-stop di siber cafe. Saya bawa mereka ke tempat siber cafe yang hebat games. Bangga mereka cerita pada kawan-kawan, terbeliak mata dengar. Maka mereka ‘terpaksa’ HORMAT kita. Give and Take.

C – Pemikiran anak-anak kena ADA MATLAMAT hidup. Saya bawa anak-anak saya tengok golongan gelandangan. Kerana memang saya juga sebagai aktivis bantu golongan ini tiap-tiap minggu. Saya juga bawa anak-anak ke pasar borong basah yang besar. Saya tanya anak-anak adakah mereka mahu buat kerja guna kudrat macam pekerja-pekerja pasar tu? Kerja basah, penat, pukul 2 3 pagi dah tunggu lori, hingga tua? Sanggup? Atau nak kerja pejabat? Nak jadi kuli atau jadi hartawan? Nak kena buli atau nak jadi tuan? Maka saya bagitahu ilmu pengetahuan dan pendidikan sebagai faktor penentu. Maka mind sett seperti itu kena ADA dalam pemikiran mereka. Maka, ada cita-cita. Akhirnya mereka ada visi, fokus dalam kelas, pilih rakan-rakan yang baik sahaja. Kalau salah pilih dan saya tahu, memang masak kena syarah πŸ€ͺπŸ˜„πŸ˜·πŸ˜·πŸ˜

***Alhamdulillah telah berlangsung sesi pertama Add Math untuk tingkatan 4 & 5 pada 22 Aug 2020.

Semua pelajar bersemangat mengikuti kelas yang diadakan secara intensif ini.

Cikgu menggunakan konsep 5S:

Meskipun kelas berlangsung sepanjang hari bermula 9 pagi hingga 6 petang, namun semua peserta kekal bersemangat.

Banyak tips yang cikgu telah kongsikan kepada pelajar termasuk bagaimana untuk faham kehendak soalan dan juga kaedah yang betul untuk aplikasikan formula.

Jumpa lagi untuk sesi seterusnya pada hari esok Sabtu, 5 Sept 2020. In sya Allah.

#tuition#addmath#intensive#revision

You may also like...

Popular Posts

Leave a Reply