Panduan Bekerja Dari Rumah Oleh Ibu Hanim

Berikutan #MRO yang sedang dikuatkuasakan di Malaysia, dan akan berakhir pada 31 Mac 2020, kami kongsikan panduan untuk bekerja dari rumah oleh Ibu Faridah Hanim Haron. Ibu merupakan figura Management Guru yang sangat disegani, bukan saja di Malaysia malah seluruh dunia.

  • Mula awal pagi. Mandi dan bersiap seperti biasa. Berdandan jika perlu.
  • Pakai pakaian yang sesuai. Percayalah, pakaian mempengaruhi psikologi.
  • Aturkan meja kerja di kawasan yang mempunyai aura positif untuk bekerja. Bukan bilik tidur atau dapur. Kekal di satu tempat.
  • Susun jadual harian mengikut tugasan yang perlu disiapkan. Gunakan Google Document atau Trello untuk laporan ‘LIVE’ dengan team masing-masing.
  • Pecah dan klusterkan tugasan supaya lebih kecil dan jelas. Mudah disusun dan mampu diselesaikan setiap hari.
  • Cuba untuk kekal komited dan lakukan lebih dari target hari itu.
  • Sekali sekala, berbual dengan rakan sekerja supaya tidak tepu atau rasa bersendirian.
  • Elakkan gangguan. Berbincang dengan ahli keluarga untuk sama-sama susun jadual masing-masing, disamping selesaikan urusan keluarga.
  • Gunakan kerusi yang sesuai. Alas dengan kusyen jika kurang selesa.
  • Selang seli dengan senaman ringan. Dengar musik atau minum teh/kopi panas untuk kembali fokus atau sebagai ganjaran sebaik selesai tugasan.
  • Jangan lupa rehat.
  • Lapor/bincang dengan penyelia bagaimana atau bila untuk melaporkan tugasan anda setiap hari.
  • Banyakkan sabar dan kreatif. Mungkin sambungan internet anda kurang stabil, mungkin anak menangis atau kucing mengganggu. Senyum selalu!

You may also like...

Popular Posts

Leave a Reply