Shared Office di Subang Jaya Berdekatan LRT

Zaman kereta terbang ni, ramai orang dah boleh mulakan perniagaan sendiri. Makan gaji perlahan-lahan mula menjadi pilihan, dan bukan keutamaan. Satu budaya yang baik, kerana berniaga sendiri ni mencipta ruang pekerjaan untuk lebih ramai orang, selain menjadikan seseorang itu lebih innovatif dan berdaya saing. Tapi berniaga di zaman yang terdapat ramai pesaing pun bukanlah sesuatu yang mudah. Kerana ada ramai pesaing, perang harga boleh berlaku lalu peniaga perlu bijak menguruskan kos perniagaan mereka.

Cakap tentang ada business sendiri, terus terbayang bangunan tersergam indah atau office cantik macam drama petang-petang. Hakikatnya, untuk perniagaan baru, sewa pejabat merupakan satu beban komitmen yang tinggi. Boleh gunakan alamat rumah, atau SOHO pada peringkat permulaan. Tapi maaf cakaplah, agak sukar untuk dapatkan kepercayaan pelanggan bila tak ada alamat yang “ooohh”, atau gambar office yang “wow”. Tapi itu semua bukanlah keutamaan untuk perniagaan baru atau perniagaan yang dalam mode mendaki.

Habis tu macam mana nak mode selesa kalau susah nak yakinkan pelanggan??

Macam ni, kami di Itqan ada beberapa workstation yang dah lengkap dan tastefully decorated. Anda yang masih tercari-cari mood buat kerja dengan lancar sebagai freelancer, business startup, business founder, penulis mahupun peniaga-peniaga kecil yang perlukan satu imej positive untuk profile anda; jemput datang dan alami sendiri keselesaan yang kami tawarkan.

Jujurnya workstation kami tak banyak, jadi “first come first serve” ye. Lagipun, interior deco cantik sangat sampai banyak drama berebut nak buat penggambaran. Tapi, kami lebih prefer kalau anda yang datang menyewa coworking space kami. Sebab apa? Sebab kami seronok boleh sembang business dengan anda!

Faedah menyewa coworking space dengan kami:

  • Jimat sebab anda kongsi sewa office dengan orang lain, tak perlu deposit ribu-ribu
  • Jimat sebab anda tak perlu fikir nak beli kerusi meja atau nak deco macam mana
  • Jimat sebab anda tak pusing kepala nak arrange internet wifi atau pun TNB SYABAS etc Semua dah sedia.

Kesimpulannya, datang je bawak laptop! Boleh terus mula bekerja 😀

You may also like...

Popular Posts

Leave a Reply